Tujuan sebenar Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani latihan ini, para pelajar dapat berinteraksi dengan pekerja lain dan secara tidak langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Berinteraksi dengan orang lain yang belum kita kenal akan membantu pelajar saling bertanya antara satu dengan yang lain seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang baik serta dapat memupuk budaya kerja sama yang lebih efisien serta dapat meningkatkan progresif sasaran kerja.
Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada pelajar dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara perlajar dan perkerja di tempat latihan industri .Selanjutnya, pelajar juga dapat merasa dan
memahami masalah golongan pekerja lain. Dari aspek lain pula, latihan ini dapat
memupuk semangat kerjasama di antara pekerja dengan pelajar itu sendiri.
i. Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan
sebenar.
Para pelajar yang menjalani
Latihan Industri, pastinya akan dilatih mengenai kerja atau tugas yang bakal
atau akan dihadapi. Oleh itu, ia memberi pengetahuan baru kepada pelajar
tentang bagaimana selok-belok sesuatu pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu
tugas tersebut.
ii. Meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar.
Latihan Industri juga sebenarnya
bertujuan untuk menambahkan atau memajukan lagi pengetahuan teknikal dan
kemahiran pelajar kerana pendedahan yang dilalui sepanjang Latihan Industri.
Secara umumnya, pelajar boleh memerhatikan sendiri serta mempelajari sendiri
dengan kerja-kerja secara praktikal. Ia boleh meningkatkan jumlah generasi atau
pekerja mahir selari dengan kehendak Negara. Jelasnya, ia boleh melahirkan
lebih ramai generasi atau pekerja mahir selaras dengan kehendak Negara.
iii. Memberi pengetahuan tentang etika daya
kerja.
Setiap organisasi atau firma
menginginkan pekerjanya ada kecekapan, keselamatan dan keberkesanan dalam
melakukan kerja. Maka dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar dapat
membiasakan diri dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab, keselamatan,
prosedur serta tindakan-tindakan yang wajar dalam mengendalikan sesuatu tugas.
Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana
berhadapan dengan pihak majikan terutamanya pengurus atasan serta ketua-ketua
jabatan.
iv. Meluaskan
cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja lain di organisasi.
Komunikasi serta pergaulan antara
pekerja-pekerja organisasi amatlah penting. Ia adalah satu platform pelajar
dalam memahami lebih dalam konsep organisasi atau selok belok mengenai
organisasi atau firma. Perhubungan, pergaulan dan komunikasi antara pekerja
menggalakkan kita untuk berkongsi pengalaman serta permasalahan yang dihadapi.
v. Meningkatkan minat kursus yang
diambil di politeknik.
Kursus pengajian yang diambil
di politeknik merupakna salah satu aspek penting selain pengalaman yang dapat
membantu seseorang pelajar untuk menjayakan latihan industri mereka. Oleh itu,
Latihan Industri juga dapat merangsang atau melahirkan minat para pelajar
terhadap pelajaran mereka apabila mereka berada di semester seterusnya serta ia
dapat membantu segelintir pelajar yang bercita-cita meneruskan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
vi. Menilai dan mengetahui kebolehan diri.
Sepanjang tempoh Latihan
Industri, pelajar dapat menilai dan mengetahui
setakat mana kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Di samping itu, para pelajar boleh
mengambil kesempatan mencurahkan segala bakat dan buah fikiran yang berguna
serta bagaimana ia dapat menyumbang kepakaran atau pengetahuan kepada pihak
majikan.
vii. Melatih untuk menyediakan Blog Latihan Teknologi Rasmi.
Semasa menjalani Latihan Industri ini,
para pelajar diberi tugasan atau arahan untuk menyediakan satu blog atau buku laporan
teknikal rasmi yang lengkap tentang kerja atau tugas yang mereka lakukan. Para
pelajar dapat memahirkan diri bagaimana menyediakan sebuah laporan yang terbaik
dengan piawaian yang ditetapkan oleh Politeknik. Oleh itu, pelajar dapat melatih kemahiran IT serta tatabahasa.
1.2.2 Kepentingan
Latihan Industri kepada Pelajar
i. Memberi
pengetahuan tambahan dan pengalaman yang berguna di
mana perkara-perkara yang dipelajari secara teori dapat dilakukan dan dipraktikkan sendiri
oleh pelajar.
ii. Memberi
peluang kepada pelajar untuk membina personaliti individu
semasa menjalankan tugas.
iii.
Dapat
mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.
iv. Melahirkan
pelajar yang lebih berani dalam menghadapi segala kemungkinan di alam pekerjaan serta
meningkatkan tahap pemikiran seseorang pelajar semasa
berada di alam pekerjaan.
v. Memberi
gambaran awal kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan
yang sebenar.
No comments:
Post a Comment