Friday 8 April 2016

Bab 2: Latar Belakang Organisasi

2.3.1 Sejarah Organisasi


SMKSBP yang sebelum ini dikenali sebagai SM Genting ditubuh kan pada 10 januari 1965 dengan pelajar-pelajarnya sekolah aneka jurusan yang sebelum ini merupakan satu sistem yang cuba dilaksanakan di peringkat menengah.

Setelah sekolah jenis ini dimansuhkan, pelajar-pelajar belajar di sekolah menengah biasa. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shariff. Pada masa itu, hanya terdapat 8 orang guru sahaja.

Pada 15 julai 1966, SMKSBP berpindah ke bangunan yang berdiri megah sekarang ini dan masih lagi dikenali sebagai SM Genting. Pelajar-Pelajarnya masa itu seramai 500 orang dengan 15 guru dan 8 orang pekerja.


Pada Oktober 1966 nama SM Genting ditukar dengan rasminya kepada sekolah SSBP iaitu Sekolah Seri Balik Pulau. Ia dibuka dengan rasminya oleh YAB TUN HAJI ABDUL RAZAK HUSSIEN, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 17 April 1969 dan sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau. Bilangan Pelajarnya pada Waktu itu lebih kurang 1500 orang yang terdiri pelajar-pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 (Aliran Satera Dan Sains).

Mulai 1994, SMKSBP telah memulakan kelas bahasa Arab mulai Tingkatan 1. Apabila pelajar sampai ke Tingkata 4 nanti, mereka boleh mengambil mata pelajaran elektif Pendidikan Islam seperti Syariah Islamiah, Al-Quran dan Al-, Tassawwur Islam dan lain-lain



2.3.2 Carta Organisasi



Wan Sajiri Bin Wan Hassan
(Pengetua SMK Seri Balik Pulau)


Sulaiman BIn Ibrahim
(PK. Petang)


Hayati Binti Mohamed
(PK. Pentadbiran)


Muzirah Binti Ibrahim
(PK. Kokurikulum)


Amran Bin Othman
(PK HEM)


Abdul Naim Bin Ibrahim
(PK Tingkatan 6)




2.3.3 Visi Dan Misi Organisasi

Visi
Sekolah Cemerlang Menjelang 2018


Misi
Menyedia Pendidikan Berkualiti Untuk Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1 comment:

  1. The Buffet at Horseshoe - Casinos & Nightlife - Mapyro
    The 부산광역 출장샵 Buffet at Horseshoe 속초 출장샵 The 공주 출장샵 Buffet at Horseshoe 문경 출장샵 · 3131 Horseshoe Hwy, Horseshoe, MN 55030 · (651) 851-5000 · Visit Website. 파주 출장샵 http://www.hrs.com/

    ReplyDelete