Monday 4 April 2016

Bab 5: Dapatan Dan Cadangan

              Terima kasih diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau kerana menberi saya peluang dan ruang untuk menjalani latihan industri di sekolah ini dengan berjaya tampa sebarang masalah yang tidak diinginkan. Selain itu, saya telah medapat banyak ilmu yang diperoleh daripada pengalaman ini yang menbuat satu anjakan paradigma dalam kehidupan saya.

               Pada pendapat saya, latihan industri merupakan langkah terbaik untuk memberi pengalaman kepada pelajar tentang kehidupan alam perkerjaan. Seterusnya, latihan industri juga dapat menberi
satu pegalaman atau melatih kemahiran pelajar yang sedia ada. hal ini demikian kerana, kadang kala pelajar hanya pakar dari segi teori tetapi tidak mampu menjalankan sebarang praktikal. hal ini akan menyebabkan pelajar akan mengalami pemasalahan semasa berkerja kelak.

              Oleh hal yang demikian, Latihan industri ini masih mengalami kelemahan dan kelebihan yang boleh kita lihat dari segi keberkesanan dan langkah yang diambil oleh mana-mana pihak berkenaan untuk menjayakan .latihan industri ini. Namun begitu, bukanlah saya bertindak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Jesteru ,saya ingin memberi dapatan dan candangan untuk menjayakan latihan industri supaya ia akn menjadi satu usaha yang menberi impak kepada pelajar.


Antara candangan dan dapatan yang saya perolehi sepanjang latihan industri ini


1. Pihak Syarikat mahupun mana-mana Organisasi hendaklah memahami dan mengetahui apa yang dipelajari oleh pelajar. hal ini supaya pihak syarikat tidak meletakkan pelajar di unit atau jabatan yang tidak berkenaan dengan pelajar.Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menjalankan latihan industri dengan lancar.Oleh itu, pihak syarikat hendaklah meletakkan pelajar di unit yang berkaitan supaya pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang dipelajari di politeknik.

2. Pihak Syarikat hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar latihan industri. Sebagai contoh, apabila pelajar diberi tugas atau sistem yang tidak pernah dipelajari, pihak industri perlulah memantau atau diberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Hal ini demikian kerana, pihak industri sepatutnya faham dengan keadaan pelajar yang masih belum menghabiskan pelajaran dan masih lagi dalam latihan industri dan bukannya berkerja. 

3. Pihak politeknik hendaklah sentiasa memberi maklumat terkini kepada pelajar dan pihak industri. hal ini demikian kerana, pihak pelajar mahupun pihak industri dapat mengetahui perkembangan latihan industri dari pihak politeknik. oleh demikian ia dapat memupuk hubungan erat antara politeknik dengan pihak industri yang dapat menanam kepercayaan kepada pihak syarikat untuk mengambil pelajar politeknik tersebut.

4. Pihak industri perlulah menyediakan tugas-tugas khas yang berkaitan dan bukannya memberi tugas seperti "photostat" dan lain-lain lagi. Hal ini dapat merugikan pelajar sepanjang latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar. Hal ini demikian kerana, pihak pelajar tidak dapat pengalaman sepanjang latihan industri jika hanya memberi tugas tugas yang tidak mampu mengasah kemahiran pelajar.



1 comment:

  1. Casino Site in the USA - LuckyClub.live
    We are a registered and luckyclub.live trusted online gambling operator. We offer a number of unique games, including Blackjack, Roulette and Video 📈 Welcome Bonus: 100% up to $200📈 Welcome Bonus: 100% up to $500🏆 Best Mobile Version: iPhone, Android

    ReplyDelete