Sunday 3 April 2016

Bab 6: Kesimpulan


                Setelah berjaya menamatkan latihan industri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik pulau sepanjang satu semester ini, banyak yang telah saya pelajari dari latihan ini yang merangkumi segala aspek seperti cara untuk berkomunikasi dengan pelajar sekolah, staf, guru dan lain lain lagi. Selain itu, latihan ini juga telah mendedahkan saya dengan peralatan komputer yang masih belum ketahui semasa berlajar di politeknik seperti peralatan server serta peralatan networking. selanjutnya, Latihan ini memberi pengalaman alam pekerjaan yang sebenar yang mampu menberi satu disiplin dalam diri untuk melaksanakan tugas.

                Selain itu latihan industri ini haruslah diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih efisean dan haruslah digalakkan di dalam system pendidikan negara.Hal ini demikian kerana, latihan ini mampu memberi pelbagai aplikasi kepada pelajar untuk merempuh dunia pekerjaan yang disangka mudah bagi sesetengah pelajar.



              Seterusnya, pihak politeknik hendaklah mengambil peranan besar dalam melaksana latihan industri ini seperti mengambil tahu atau memberi maklumat kepada pihak industri supaya dapat mengeratkan hubungan antara pihak industri dan politeknik. hal ini mampu menanam kepercayaan kepada pihak industri untuk mengambil pelajar dari politeknik.

              Walaubagaimanapun, latihan industri ini telah memberi segala pengalaman yang diperlukan oleh saya untuk menempuh alam pekerjaan yang akan dihadapi di masa hadapan. Namun begitu, masih banyak lagi kelemahan dalam diri saya yang perlu dipelajari untuk mengukuhkan ilmu yang diperolehi. Sedikit sebayak Latihan industri ini telah membantu saya dalam pelajaran saya di politeknik.

             Kesimpulannya, latihan industri ini telah memberi pelbagai informasi serta melatih pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar . Oleh hal yang demikian latihan industri perlulah diteruskan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment